SYARIAH ZARITH IYLIA & ASSOCIATE

Syariah Dijunjung. Keadilan Diutamakan. Amanah Dipelihara.

Mengenai Kami

SYARIAH ZARITH IYLIA & ASSOCIATES

SYARIAH ZARITH IYLIA & ASSOCIATES merupakan sebuah firma yang dikenali kerana keunggulan, pengalaman di dalam bidang guaman syarie sejak dari tahun 2012, dan berkomitmen teguh terhadap prinsip keadilan. Dengan pasukan peguam yang berwibawa serta berpengetahuan mendalam dalam pelbagai cabang undang-undang, kami berdedikasi untuk memberikan penyelesaian strategik dan berkesan kepada setiap klien.

Integriti menjadi teras kepada setiap tindakan kami — memastikan setiap nasihat, tindakan, dan hujahan berlandaskan etika serta kejujuran profesional. Reputasi kami dibina atas kejayaan menangani pelbagai kes kompleks dengan ketelitian dan kebijaksanaan bukan sahaja di dalam negeri-negeri di Malaysia – bahkan sehingga merentasi negara-negara lain seperti Australia, United Kingdom, Singapura, Abu Dhabi, Denmark dan Amerika Syarikat. Kami percaya bahawa keadilan bukan sekadar keputusan, tetapi satu amanah yang mesti ditegakkan dengan penuh tanggungjawab.

SYARIAH ZARITH IYLIA & ASSOCIATES yang berpangkalan di Mont Kiara, Kuala Lumpur, kami bukan sekadar mewakili klien — kami mempertahankan hak, memperjuangkan kebenaran, dan menegakkan undang-undang dengan maruah serta dedikasi tanpa kompromi.

PEGUAM SYARIE | MEDIATOR BERTAULIAH

PRA-PERKAHWINAN & PERCERAIAN

Permohonan Wali Hakim, Wali Enggan, Nikah Bawah Umur, Kebenaran Poligami, Pengesahan Nikah Luar Negara dan lain-lain,. Pembubaran pernikahan seperti Permohonan Cerai, Pengesahan Lafaz Cerai Luar Mahkhamah, Fasakh, Taklik, Khulluk dan lain-lain lagi.

HAK PASCA PENCERAIAN & PENGURUSAN HARTA

Hak-hak selepas/semasa perceraian seperti Nafkah Iddah, Nafkah Tertunggak, Nafkah Anak, Hak Jagaan Anak, Harta Sepencarian, Mutaah, Ubah Perintah dan lain-lain. Perancangan harta orang islam seperti Hibah, Wasiat, Pusaka & Faraid dan lain-lain.

JENAYAH SYARIAH

Khalwat, Poligami Tanpa Kebenaran, Mengajar Tanpa Tauliah, Berjudi, Mabuk, Subahat Jenayah dan lainp-lain.

PERLUKAN BANTUAN?
Biarkan pasukan guaman kami membantu anda mengurus kes anda

← Back

Thank you for your response. ✨

✉️ isco.legal@gmail.com

📍 S-16-07,
Sunway 163, Jalan Kiara,
50480 Mont’ Kiara,
Kuala Lumpur